Lelaki Perancis, wanita Denmark ditahan disyaki salah guna dadah
Dua warga Eropah disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah ditahan di sebuah kondominium di Jalan Segambut semalam.
Kedua-duanya, seorang lelaki Perancis berumur 30 tahun dan seorang wanita Denmark berumur 35 tahun ditahan dalam serbuan pada kira-kira 12 tengah malam kelmarin oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Sentul.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata ujian saringan ke atas lelaki itu didapati positif dadah jenis tetrahidrocannabinol (THC) manakala ujian ke atas wanita tersebut adalah negatif.
"Polis telah merampas dadah jenis ganja seberat 2.05 gram dalam serbuan itu,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata suspek lelaki direman selama empat hari bermula semalam sehingga Selasa depan manakala wanita itu direman sehari.
Kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai