Skip to main
Logo Malaysiakini

Ribuan rakyat Israel demo desak Netanyahu undur menjelang PRU

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

GLOBAL | Ribuan rakyat Israel berdemonstrasi di luar kediaman Perdana Menteri Benjamin Netanyahu di Jerusalem pada hari Sabtu.

Mereka menuntut dia meletak jawatan sebagai perdana menteri hanya tiga hari sebelum pilihan raya umum keempat negara itu dalam tempoh dua tahun.

Penunjuk perasaan berarak di jalan raya yang ditutup untuk lalu lintas oleh polis, mengibarkan bendera, memukul gendang, meniup alat muzik dan bernyanyi mendesak pemimpin konservatif berusia 71 tahun itu berundur.

Kehadiran penunjuk perasaan lebih besar daripada banyak protes anti-Netanyahu sebelum ini selama setahun terakhir, dengan media Israel melaporkan jumlahnya sekitar 20,000.

Walaupun parti sayap kanan Likud pimpinan Netanyahu dijangka muncul sebagai parti terbesar pada PRU 23 Mac ini, tinjauan pendapat meramalkan tidak ada pemenang yang jelas dengan majoriti di parlimen atau mampu membentuk pemerintahan - serupa dengan tiga pilihan raya sebelum ini.

Menjelang PRU tekanan meningkat terhadap Netanyahu, yang sedang dibicarakan di mahkamah atas tuduhan rasuah.

Pengkritik mendakwa Netanyahu salah urus wabak Covid-19.

Netanyahu berharap kejayaan program vaksinasi Covid-19 kerajaannya yang cepat, yang telah memungkinkan sebahagian besar ekonomi dibuka selepas tiga penutupan.

Hal ini bersama dengan serangkaian perjanjian damai normalisasi dengan negara-negara Arab, yang akan memberinya sokongan yang diperlukan untuk mendapatkan majoriti di parlimen.

Netanyahu menghadapi tuduhan rasuah, penipuan dan pecah amanah, yang semuanya dinafinya.

- Reuters (Laporan oleh Ari Rabinovitch. Disunting Mark Potter)