Skip to main
Logo Malaysiakini

1,327 kes baru, 5 negeri catat kes lebih 100

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat 1,327 kes baru Covid-19 yang dilaporkan hari ini.

Selangor menjadi negeri dengan kes baru tertinggi dengan 356 kes, disusuli Sarawak (276) dan Pulau Pinang (205).

Johor dan Kuala Lumpur turut mencatat kes baru lebih 100, masing-masing dengan 141 dan 115 kes.

Seperti semalam, jumlah kes aktif meningkat lagi hari ini. Ia selepas jumlah kes aktif menurun selama 23 hari.

Ia selepas jumlah kes baru melebihi kes sembuh, iaitu sebanyak 1,247 kes hari ini.

Kes aktif: 14,518

Jumlah pesakit dalam ICU: 154

Jumlah pesakit dengan bantuan pernafasan: 65

Kematian: 4 (jumlah keseluruhan setakat ini 1,233)

Empat kes kematian yang dilaporkan hari ini melibatkan pesakit berusia antara 66 hingga 73 tahun yang turut mengalami komorbiditi.

Maklumat lanjut berkenaan korban Covid-19 boleh didapati di laman penjejak Covid-19 Malaysiakini.

Lima kluster baru

KKM turut memaklumkan ada lima lagi kluster yang dikenal pasti hari ini, melibatkan 4 kluster tempat kerja dan satu kluster komuniti.

Dalam pada itu, sepuluh kluster diisytihar tamat. Ia menjadikan jumlah kluster aktif setakat ini sebanyak 416 kluster.

Berikut lima kluster baru:

  • Jalan Permas Baru (Johor) - Tempat kerja
  • Jalan Gemilang Tiga (Johor) - Tempat kerja
  • Tapak Bina Jalan You City (Selangor - Tempat kerja
  • Bukit Tambun (Pulau Pinang) - Tempat kerja
  • D Gana (Sabah) - Komuniti