Skip to main
Logo Malaysiakini

1,116 jangkitan baru, lima lagi korban

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Sebanyak 1,116 jangkitan baru Covid-19 dilaporkan hari ini, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif sebanyak 334,156 kes.

Katanya, lima lagi korban dicatat menjadikan jumlah kematian seramai 1,238 orang.

"Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan masing-masing satu kes di Negeri Sembilan, Sabah, Pahang, Pulau Pinang, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"Sebanyak empat kes kematian melibatkan warganegara dan satu kes bukan warganegara.

"KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata kes aktif dengan kebolehjangkitan kini 14,134 kes.

Seramai 156 pesakit sedang dirawat di ICU dengan 60 kes memerlukan bantuan pernafasan, jelasnya.

Menurut Dr Noor Hisham, Selangor melaporkan kes harian baru tertinggi iaitu sebanyak 403 kes (36.1 peratus), diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 158 kes (14.2 peratus) dan Sarawak sebanyak 124 kes (11.1 peratus).

Sementara itu, katanya 10 kluster baru dikesan hari ini, lapan melibatkan tempat kerja dan dua kluster komuniti.

Status ringkas:

  • Kes sembuh= 1,495
  • Jumlah kes sembuh=318,784
  • Kes baharu positif=1,116 (1,108 tempatan, 8 import)
  • Jumlah positif=334,156
  • Kes kematian=5
  • Jumlah kes kematian=1,238
  • Kes dirawat di ICU=156
  • Bantuan Alat Pernafasan=60



Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.