Skip to main
Logo Malaysiakini

Banjir Australia, 18,000 penduduk dipindahkan

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

GLOBAL | Kira-kira 18,000 penduduk di New South Wales, Australia dipindahkan akibat banjir buruk yang dicetuskan hujan lebat.

Perdana Menteri New South Wales Gladys Berejiklian mengumumkan demikian pada Isnin, lapor Sputnik.

“Sekitar 15,000 orang telah dipindahkan dari rumah mereka di Pantai Tengah-Utara.

"Di Nepean, wilayah Richmond Valley dan wilayah Hawkesbury, 3,000 penduduk dipindahkan setakat ini,” kata Berejiklian semasa taklimat.

Perdana menteri menambah hujan lebat dijangka berterusan, meminta penduduk setempat supaya berwaspada.

Menurut Sydney Morning Herald, pihak berkuasa New South Wales telah membuka pusat pemindahan banjir sejak Jumaat. 

Lebih 200 sekolah ditutup dan kebanyakan jalan raya turut terjejas.

- Bernama