Skip to main
Logo Malaysiakini

Kalimah Allah: Peguam akan bangkitkan dasar kabinet 1986 di Mahkamah Rayuan

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Mahkamah Tinggi khilaf dalam menafsirkan dasar kabinet pada 1986 berhubung penggunaan kalimah "Allah" secara bersyarat oleh orang bukan Islam, dakwa peguam.

Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili dua jabatan agama dalam semakan kehakiman berkaitan kes itu, berkata perkara itu akan dibangkitkan dalam rayuan di Mahkamah Rayuan.

Haniff mewakili Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dalam tindakan undang-undang melibatkan Jill Ireland, iaitu plaintif dalam kes penggunaan kalimah "Allah".

Pada 10 Mac, hakim Nor Bee Ariffin memutuskan Ireland, seorang penganut Kristian berbangsa Melanau, berhak menggunakan kalimah "Allah" untuk tujuan keagamaan dan pendidikan.

Hakim memutuskan kerajaan telah melakukan kesilapan dalam mengeluarkan larangan penggunaan kalimah "Allah" pada tahun 1986 kepada masyarakat bukan Islam.

Pada 12008, Ireland memfailkan saman agar cakera padat berjudul 'Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah', 'Hidup Benar Dalam Kerajaan Allah' dan 'Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah' yang dirampas kasam, dipulangkan.

Ketika itu, dia tiba di Terminal Tambang Murah (LCCT) di Sepang dari Indonesia.

Kerajaan dan Menteri Dalam Negeri yang merupakan responden telah memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan pada 15 Mac lalu.

Dalam semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi, Maiwp dan Mias bertindak sebagai amicus curiae (pihak yang tidak terlibat dalam kes perundangan tetapi membantu mahkamah dengan menawarkan kepakaran dan pandangan berhubung isu yang berkaitan).


Larang bukan Islam guna Allah tidak sah - Mahkamah Tinggi

Memahami undang-undang sekatan pengembangan agama bukan Islam


Dalam penghakiman bertulis, Nor Bee memutuskan tindakan pegawai Menteri Dalam Negeri mengeluarkan larangan penggunaan kalimah "Allah" kepada orang Kristian bertentangan dengan dasar kerajaan pada 1986, yang ketika itu dipimpin Dr Mahathir Mohamad.

Dia berpandukan memo oleh timbalan perdana menteri ketika itu, Allahyarham Abdul Ghafar Baba yang membenarkan penggunaan kata "Allah" secara bersyarat oleh penerbitan Kristian Bahasa Malaysia.

Bercakap dengan Malaysiakini hari ini, Haniff berkata keputusan hakim berhubung pendirian kabinet pada 1986 akan menjadi antara perkara utama yang akan dibangkitkan dalam rayuan.

Katanya, Yang Arif telah terkhilaf dalam menafsirkan memo Ghafar.

"Kami mengatakan yang pendirian dasar kabinet pada 1986 adalah larangan penuh, bukannya penggunaan bersyarat kalimah 'Allah' untuk penganut Kristian di Malaysia," katanya.

Menurut Haniff, berdasarkan cara memo Ghafar ditulis, penggunaan bersyarat dengan meletakkan label "Untuk Agama Kristian" di muka depan buku bukan ditujukan untuk kalimah "Allah" dan tiga lagi, iaitu "Kaabah", "Baitullah", dan "Solat ".

Sebaliknya, katanya, ia untuk 12 lagi perkataan yang mungkin boleh digunakan oleh penganut Krisitian dalam teks agama bahasa Malaysia, yang disebut di bahagian awal memo tersebut.

Perkataan tersebut, yang tidak menjadi tumpun dalam semakan kehakimn Ireland, adalah “Al-Kitab”, “Firman”, “Rasul”, “Syariat”, “Iman”, “Ibadah”, “Injil”, “Wahyu”, “Nabi”, “Syukur”, “Zikir”, dan “Doa”.

"Kami akan berhujah di Mahkamah Rayuan yang arahan 1986 adalah selaras dan mematuhi dasar kabinet ketika itu," kata Haniff.

[Baca berita asal]