Skip to main
Logo Malaysiakini

ESEI FOTO | Mengenang nasib hutan

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

ESEI FOTO | Seperti negara lain Malaysia meraikan sambutan Hari Hutan Antarabangsa pada 21 Mac lalu.

Di sebalik sambutan itu ada mesej yang lebih penting untuk difahami semua: semakin hari semakin banyak hutan pupus akibat menjadi mangsa pembangunan.

Selain hutan simpanan kekal berskala besar seperti taman negara, kita juga ada hutan simpanan yang lebih sederhana dan wujud di antara himpitan pemodenan.

Ia merupakan hutan-hutan yang dibuka untuk kegiatan rekreasi, menghirup udara segar, menimba ilmu selain menghilangkan tekanan daripada kesibukan kota.

Di Selangor, ada Hutan Komuniti Shah Alam (SACF) yang terletak di Seksyen U10 yang bersambung dengan Hutan Simpan Bukit Cerakah yang secara diwartakan oleh British pada 1909.

Hutan seluas 1.114 ekar itu menjadi tempat rekreasi yang terkenal bagi penduduk di sekitar Klang dan Shah Alam. SACF merupakan satu-satunya kawasan berbukit berhampiran pesisir Selangor.

Kini SACF berdepan isu ditempatkan sebagai kawasan pembangunan komersial dan tanah perkuburan yang ditentang oleh banyak kumpulan pencinta alam sekitar.

Sebuah keluarga mendayung sampan di kawasan digelar ‘tasik cermin’ berhampiran kawasan perumahan Alam Budiman.

Pendaki berehat seketika menghilangkan penat sambil merakamkan gambar di sebelah salah satu pokok terbesar dalam hutan berkenaan.

Seekor kumbang kulat (eumorphus marginatus) di atas cendawan raksasa.

Pagi yang berkabus di SACF. Hutan ini juga membekalkan udara segar kepada penduduk berdekatan setiap pagi.

Sebahagian daripada SACF sedang dibangunkan. Hutan ini terjejas dengan pembangunan perumahan yang luas di antara Setia Alam, Puncak Perdana dan Alam Budiman.

Pokok-pokok yang mati tumbang ke tasik membawa perspektif yang berbeza dengan pemandangan indah di SACF.

Pelancong tempatan mendayung di tasik cermin.

Pelawat melintasi anak sungai. Hutan bertindak sebagai kawasan tadahan air, mengurangkan kesan banjir, mencegah hakisan tanah, mengatur permukaan air dan memastikan bekalan air berkualiti tinggi untuk orang ramai.

Dusky Langur - atau monyet daun berkaca mata - berehat di sebatang pokok. SACF menempatkan kira-kira 100 spesies burung dan mamalia, termasuk lapan spesies ungka seperti ungka tangan putih, selain tapir dan primat lain.

Seekor monyet terbaring kaki selepas menemui ajal akibat dirempuh kenderaan ketika ia cuba melintasi jalan untuk mencari makanan di Setia Alam