Skip to main
Logo Malaysiakini

1,268 kes baru, dua lagi kematian

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 1,268 lagi kes jangkitan baru Covid-19 direkodkan setakat tengah hari tadi.

Ini menjadikan jumlah kes aktif kini adalah sebanyak 14,367 kes.

Daripada jumlah itu, Selangor terus mencatatkan angka tertinggi iaitu sebanyak 490 kes diikuti Sarawak (141) dan Johor (135).

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah turut memaklumkan dua lagi kematian terbaru direkodkan, menjadikan jumlah korban setakat ini adalah seramai 1,246 orang.

Kedua-dua kes kematian itu direkodkan di Selangor, membabitkan warganegara.

Sementara itu, seramai 161 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 73 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan terdapat empat kluster baru dikenal pasti pada hari ini.

Kluster berkenaan ialah kluster Jalan Wawasan Dua di Johor (Tempat Kerja), kluster Industri Permata Dua di Negeri Sembilan (Tempat Kerja), kluster Jalan Alam di Selangor (Kumpulan Berisiko Tinggi) dan kluster Chupak di Sarawak (Komuniti).

Berikut perincian mengenai kluster baru:

Jalan Wawasan Dua cluster

  • Daerah: Batu Pahat, Johor
  • Lokaliti: Jalan Wawasan 2, Kawasan Perindustrian Sri Gading, Batu Pahat
  • Kategori: Tempat Kerja (kilang).
  • Kes pertama: 21 Mac
  • Jumlah jangkitan: 24 daripada 56 yang disaring

Industri Permata Dua

  • Daerah: Seremban, Negeri Sembilan
  • Lokaliti: Jalan Permata 2, Arab Malaysian Industrial Estate, Nilai
  • Kategori: Tempat kerja (tiga kilang)
  • Kes pertama: 24 Mac
  • Jumlah jangkitan: 51 daripada 334 yang telah disaring

Jalan Alam

  • Daerah: Kuala Langat, Klang dan Petaling, Selangor
  • Lokaliti: Jalan Sultan Alam Shah, Banting, Kuala Langat
  • Kategori: Kumpulan Berisiko Tinggi (pusat perubatan)
  • Kes pertama: 14 Mac
  • Jumlah jangkitan: 16 daripada 97 yang telah disaring

Chupak

  • Daerah: Serian dan Samarahan, Sarawak
  • Lokaliti: Kampung Chupak, Siburan, Serian
  • Kategori: Komuniti
  • Kes pertama: 10 Mac
  • Jumlah jangkitan: 57 daripada 338 yang telah disaring

Sebanyak lapan lagi kluster tamat pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kluster yang telah tamat adalah sebanyak 919 kluster.

Pecahan mengikut negeri:

  • Selangor - 490 (113,424)
  • Sabah - 45 (54,400)
  • Johor - 135 (40,396)
  • WP KL - 53 (37,342)
  • Negeri Sembilan - 59 (17,066)
  • Pulau Pinang - 99 (14,924)
  • Sarawak - 141 (14,655) 
  • Perak - 42 (12,755)
  • Kedah - 49 (8,217)
  • Melaka - 52 (6,395)
  • Kelantan - 49 (5,779)
  • Pahang - 43 (4,131)
  • Terengganu - 4 (3,571)
  • WP Labuan - 1 (2,302)
  • WP Putrajaya - 6 (1,125)
  • Perlis - 0 (326).