Skip to main
Logo Malaysiakini

Transaksi bayaran tanpa tunai di China lepasi RMB4,000 trilion

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Statistik dikeluarkan Bank Rakyat China (PBOC) semalam mendedahkan jumlah pembayaran tanpa tunai diuruskan agensi perbankan pada 2020 dicatatkan 354.721 bilion transaksi bernilai RMB4,013 trilion (RM2,540 trilion), iaitu memperlihatkan peningkatan masing-masing sebanyak 7.16 peratus dan 6.18 peratus.

PBOC turut memaklumkan setakat 2020, jumlah purata pemegang kad bank di seluruh negara mencapai 6.4 keping, sekali gus menyaksikan peningkatan 6.01 peratus berbanding 2019.

Pembayaran mudah alih berjaya mengekalkan trend peningkatan, kata PBOC.

Untuk rekod, sepanjang 2020 sahaja, sebanyak 235.225 bilion transaksi pembayaran digital diuruskan agensi perbankan dengan nilai kira-kira RMB2,711 trilion (RM1,717 trilion).

Secara pecahan, data tersebut menunjukkan sebanyak 123.22 bilion transaksi pembayaran mudah alih bernilai RMB432.16 trilion (RM274 trilion), manakala dua angka tersebut masing-masing meningkat 21.48 peratus dan 24.5 peratus berbanding tempoh sama tahun 2019.

Selain itu pembayaran menerusi internet yang diuruskan agensi pembayaran bukan bank pada 2020 meningkat 14.9 peratus dengan mencatat 827.297 bilion transaksi, secara tidak langsung memperlihatkan peningkatan 17.88 peratus sehingga mencecah RMB294.56 trilion (RM186 trilion).

-Bernama