Skip to main
Logo Malaysiakini

Zahid 'sergah' apit lempang dalam Umno cuba gagalkan keputusan parti

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Beberapa jam sebelum mengabsahkan keputusan mengenai hubungan dengan Bersatu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata dia menyerahkan kepada perwakilan parti untuk menentukan nasib pihak yang mahu membuat sanggahan.

Kata Ahmad Zahid hal itu akan dibentangkan melalui usul tidak lama lagi.

"Jika mereka menyanggah keputusan Majlis Tertinggi Umno, saya serahkan kepada perwakilan untuk ambil tindakan," katanya dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno 2020 di Kuala Lumpur hari ini.

Ahli parlimen Bagan Datuk itu juga berkata maruah Umno cuba dibeli selain ditekan agar dibubarkan sebelum ini namun semua itu diatasinya.

"Saya selaku presiden Umno memilih jalan sukar, tapi saya tidak akan tunduk kepada ugutan dan tuduhan," katanya.

Dalam keadaan tegas dengan pendiriannya, kata Ahmad Zahid, Umno tidak akan mengharap kepada "menjadi apit lempang cencang galang" untuk mempertahankan parti

"Kita tidak akan merayu ke apik lempang, cencang kalang untuk mengubah keputusan yang telah kita buat," katanya memetik peribahasa Melayu merujuk kepada watak pengganti untuk melaksanakan tugas sukar.

Ahmad Zahid juga mendakwa watak "apit lempang" itu masih merayau-rayau dalam Umno sehingga kini.

"Apit lempang dan konco-konconya ini masih menjadi makhluk perosak kepada parti. Eehh apik lempang, cukuplah!

"Kalau rasa nak jadi pemimpin, taat kepada peraturan dan keputusan parti," katanya.

Menurut Ahmad Zahid mesyuarat khas MT Umno pada 12 Mac 2020 memutuskan sokongan parti itu kepada kerajaan adalah secara en block.

  • Laporan bersama Kow Gah Chie, Haspaizi Zain, Ng Xiang Yi, Ramieza Wahid dan Low Choon Chyuan