Munaqasyah kedua isu kalimah Allah dua minggu lagi
Perbincangan kedua berhubung penggunaan kalimah Allah yang melibatkan pakar panel akidah dan undang-undang daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan diadakan dalam tempoh kira-kira dua minggu lagi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad berkata perbincangan khas, atau ‘munaqasyah’ itu adalah dari sudut perundangan dan memperkasakan apa juga fatwa berkaitan kalimah Allah.
Bercakap kepada pemberita ketika ditemui selepas melakukan lawatan kerja ke Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) hari ini beliau berkata, hasil munaqasyah pertama berhubung isu berkenaan sudah dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja pada 17 Mac lepas.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Mac lepas memutuskan bahawa penganut agama Kristian di seluruh negara boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan Arab iaitu Baitullah, Kaabah dan solat, dalam penerbitan agama mereka untuk tujuan pendidikan, namun Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi pada 15 Mac lepas.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai