Skip to main
Logo Malaysiakini

1,482 jangkitan baru, tujuh lagi korban

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Sebanyak 1,482 jangkitan baru Covid-19 menjadikan jumlah kumulatifnya sebanyak 345,500 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurutnya, tujuh lagi korban wabak ini direkod menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 1,272 kes.

"Tujuh kes kematian hari ini melibatkan empat kes di Selangor, serta masing-masing satu kes di Johor, Sarawak, dan Sabah.

"Sebanyak lima kes kematian melibatkan warganegara dan dua kes bukan warganegara. 

"KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka," katanya.

Seramai 164 pesakit sedang dirawat di ICU, jelasnya, dengan 81 orang memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham berkata kes aktif dengan kebolehjangkitan kini 14,604 kes.

Selangor terus mendahului kes harian tertinggi dengan 661 kes, diikuti Pulau Pinang yang terus mencatatkan peningkatan (200 kes) dan Sarawak (176 kes).

Terdapat 13 kluster baru dikesan membabitkan tujuh kluster di tempat kerja, lima kluster komuniti dan satu melibatkan kumpulan berisiko tinggi iaitu Kluster Lorong Mulia di Johor.

Kluster tempat kerja adalah Kluster Jalan Kingsway dan Bulatan Aman di Sarawak; Delima Baiduri (Kedah); Jalan Hevena Scruciana (Selangor); Jalan Rasmi (Selangor dan Kuala Lumpur); Pulau Enoe (Labuan) serta Jalan Jelawat (Pulau Pinang dan Perak).

Dalam pada itu, kluster komuniti adalah Emas Bemban dan Layar di Kedah; Jalan Baji (Sarawak) serta Kampung Baru Pasir Putih dan Rimbayan masing-masing di Sabah. 

Status ringkas:

  • Jumlah kes sembuh: 1,070
  • Jumlah kumulatif: 329,624 (95.4%)
  • Jumlah kes baru: 1,482
  • Jumlah kumulatif: 345,500
  • Jumlah kes aktif: 14,604
  • Kes tempatan: 1,480 (896 WN, 584 BWN)
  • Kes import: 2 BWN
  • Jumlah kematian: 7 (5WN, 2BWN)
  • Jumlah kumulatif:1,272(0.37%)
  • Jumlah kes di ICU:164
  • Pesakit Intubated:81


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.