Skip to main
Logo Malaysiakini

1,178 kes, jangkitan tiga angka di lima negeri

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 1,178 kes Covid-19 baru, kembali ke tahap normal selepas kenaikan mendadak semalam.

Tidak seperti kebiasaan, Sarawak mendahului kes harian tertinggi sebanyak 238 kes, diikuti Selangor yang selalunya mendahului dengan 237 kes.

Negeri dan Wilayah Persekutuan lain yang mencatatkan angka tiga digit termasuk Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.

Kes baru meletakkan jangkitan kumulatif setakat ini pada 346,678.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini 14,399 kes.

Sementara itu, enam lagi korban direkod hari ini, menjadikan jumlah korban 1,278 orang.

Seramai 163 pesakit sedang dirawat di ICU, manakala 81 orang memerlukan bantuan pernafasan.

Enam kluster baru dikesan membabitkan lima kluster tempat kerja iaitu di Selangor (Kluster Bukit Serdang dan Kluster Jalan Sungai Ramal); Johor (Kluster Jalan Permas Cetak dan Kluster Kait Gading); dan Pulau Pinang (Jalan Teluk Kumbar); serta satu kluster komuniti di Pahang iaitu Kluster Taman Emas.

Sebanyak 1,016 kluster tamat setakat ini termasuk 14 kluster yang tamat hari ini. 

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

  • Sarawak - 238 (16,628)
  • Selangor - 237 (116,315)
  • Sabah - 86 (54,853)
  • Johor - 165 (41,420)
  • WP KL - 101 (37,921)
  • Negeri Sembilan - 34 (17,302)
  • Pulau Pinang - 190 (16,259)
  • Perak - 31 (12,997)
  • Kedah - 32 (8,467)
  • Melaka - 9 (6,551)
  • Kelantan - 27 (6,277)
  • Pahang - 14 (4,280)
  • Terengganu - 6 (3,599)
  • WP Labuan - 7 (2,335)
  • WP Putrajaya - 1 (1,144)
  • Perlis - 0 (330)

Status ringkas:

  • Kes sembuh= 1,178
  • Jumlah kes sembuh=331,001
  • Kes baharu positif= 1,178 (1,158 tempatan, 20 import)
  • Jumlah positif=346,678
  • Kes kematian=6
  • Jumlah kes kematian=1,278
  • Kes dirawat di ICU=163
  • Bantuan Alat Pernafasan=81


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.