Skip to main
Logo Malaysiakini

1,638 kes baru, hampir 500 jangkitan di Perak

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Sebanyak 1,449 kes Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah jangkitan sebanyak 349,610 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

“Daripada jumlah kes baru hari ini, 1,631 merupakan kes penularan tempatan sementara tujuh lagi adalah kes import,” katanya.

Menurut Dr noor Hisham, Perak melaporkan kes harian baru tertinggi hari ini iaitu sebanyak 494 kes (30.2 peratus).

Daripada jumlah ini,  jelasnya sebanyak 486 kes di Perak itu daripada Kluster Jalan Pelabuhan,  kluster tempat kerja yang diumumkan pada 20 Februari 2021.

"Selain daripada Perak, dua buah negeri lain yang turut melaporkan kes harian baharu yang tinggi adalah Selangor iaitu sebanyak 352 kes (21.5 peratus) dan diikuti oleh Sarawak sebanyak290 kes (17.7 peratus)," katanya.

Sementara itu, jelasnya, tiga lagi korban direkod menjadikan jumlah kematian seramai 1,286 orang.

Dr Noor Hisham berkata 167 pesakit sedang dirawat di ICU dengan 81 memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, tujuh kluster baru dikesan membabitkan empat kluster komuniti iaitu Kluster Kampung Binyu di Sarawak; Jalan Merdeka di Johor; Simpang Tiga Merotai di Sabah dan Jalan Kenanga di Melaka.

Tiga kluster tempat kerja turut dilaporkan iaitu Kluster Jalan Bandar Sembilan, Negeri Sembilan; Kluster Teknologi Peramu Jaya, Pahang dan Kluster Jalan Kubota Sentral di Sabah.

Jelasnya lagi, 1,038 kluster tamat setakat ini termasuk 13 kluster pada hari ini. 

Status ringkas:

  • Kes sembuh= 1,449
  • Jumlah kes sembuh=333,892
  • Kes baru positif= 1,638 (1,631 tempatan, 7 import)
  • Jumlah positif=349,610
  • Kes kematian=3
  • Jumlah kes kematian=1,286
  • Kes dirawat di ICU=167
  • Bantuan Alat Pernafasan=81

Perincian kes:

  • Perak: 494 kes
    • 487 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Selangor: 352 kes
    • 42 kes daripada kluster-kluster; termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Bandar Sembilan;
    • 196 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 112 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 290 kes
    • 104 kes daripada kluster-kluster; termasuk 61 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kampung Binyu;
    • 156 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 29 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Pulau Pinang: 92 kes
    • 25 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 32 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 35 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 83 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster; termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Merdeka;
    • 49 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • 25 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sabah: 73 kes
    • 30 kes daripada kluster-kluster; termasuk empat (4) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kubota Sentral dan Kluster Simpang Tiga Merotai;
    • 26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 16 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 67 kes
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 35 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Kelantan: 64 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 48 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Pahang: 35 kes
    • 33 kes daripada kluster-kluster; termasuk 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Teknologi Peramu Jaya;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Negeri Sembilan: 25 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Kedah: 20 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Melaka: 20 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster; termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kenanga;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 12 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Tujuh (7) kes
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • Dua (2) daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Terengganu: Empat (4) kes
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.