Skip to main
Logo Malaysiakini

1,349 lagi positif, Sarawak sumbang kes baru tertinggi

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan 1,349 kes Covid-19 baru dan dua kematian.

Sarawak menyumbang kas baru tertinggi dengan 419 jangkitan. Angka itu merupakan kedua tertinggi pernah dicatatkan negeri berkenaan.

Hanya dua negeri lain yang mencatatkan lebih daripada 100 kes baru, iaitu Selangor dan Pulau Pinang masing-masing dengan 343 dan 185 jangkitan baru.

Jangkitan baru merangkumi 73.24 peratus rakyat Malaysia dan 26.76 peratus bukan warganegara.

Lembah Klang menyumbang 32.1 peratus (433 kes) jangkitan baru sementara Sabah dan Sarawak menyumbang 37.73 peratus (509 kes).

Jangkitan baru juga lebih tinggi berbanding pesakit pulih baru iaitu 1,270, yang menyebabkan peningkatan kes aktif.

Unit rawatan rapi (ICU) juga menambah 19 pesakit lagi.

Kes aktif: 14,509
Pesakit di ICU: 186
Memerlukan bantuan pernafasan: 94

Kematian 

Terdapat dua kematian baru hari ini, menjadikan jumlah kematian terkumpul 1,288.

Kematian baru dicatatkan di Sarawak dan Sabah.

Pesakit yang meninggal dunia berusia antara 76 dan 78 tahun.

Kes baru berdasarkan negeri

Sarawak (419)
Selangor (343)
Pulau Pinang (185)
Johor (95)
Kuala Lumpur (73)
Sabah (68)
Kedah (32)
Perak (24)
Labuan (22)
Negeri Sembilan (20)
Kelantan (18)
Putrajaya (17)
Melaka (15)
Pahang (11)
Terengganu (6)
Perlis (1)

10 kluster baru

Sebanyak 359 daripada 1,405 kluster masih aktif.

Ini termasuk 10 kluster baru yang dilaporkan hari ini dan lapan lagi yang dinyatakan selesai.

Tiga daripada sepuluh kluster baru melibatkan pusat pendidikan.

Kluster yang selesai: Jalan Persiaran Cemerlang, Jalan Perindustrian Estate, Mayang, Jalan Senai Utama, Jalan Persiaran Teknologi Kulai, Tapak Bina Jalil Utama, Jalan Lombong dan Jalan Ho Pin.

Perincian kluster baru adalah seperti berikut:

Kluster Jalan Maju Cemerlang
Daerah: Johor Bahru di Johor
Lokasi / Sumber: Sebuah kilang di Jalan Maju 1, Taman Perindustrian Cemerlang, Ulu Tiram
Kategori kluster: Tempat kerja
Kes pertama: 4 April
Jumlah yang dijangkiti: 11 daripada 134 disaring

Kluster Jalan Murni Satu
Daerah: Batu Pahat, Kluang dan Mersing di Johor
Lokasi / Sumber: Institusi pendidikan di Jalan Murni Satu, Paloh, Kluang
Kategori kluster: Tempat kerja
Kes pertama: 31 Mac
Jumlah yang dijangkiti: 15 daripada 94 disaring

Kluster Jalan Suasana
Daerah: Hulu Langat di Selangor
Lokasi / Sumber: Pusat pendidikan di Jalan Suasana, Tun Hussein Onn, Cheras
Kategori kluster: Tempat kerja
Kes pertama: 19 Mac
Jumlah yang dijangkiti: 19 daripada 187 disaring

Kluster Danan
Daerah: Pasir Puteh di Kelantan
Lokasi / Sumber: Pusat pendidikan di Kampung Danan dan di Kampung Alor Hijau, Selising, Pasir Puteh
Kategori kluster: Tempat kerja
Kes pertama: 24 Mac
Jumlah yang dijangkiti: 17 daripada 236 disaring

Kluster Jalan Alamanda
Daerah: Putrajaya di Putrajaya dan Sepang di Selangor
Lokasi / Sumber: Tiga premis perniagaan di Putrajaya dan Sepang
Kategori kluster: Tempat kerja
Kes pertama: 3 April
Jumlah yang dijangkiti: 12 daripada 45 disaring

Kluster Sungai Mupong
Daerah: Sibu dan Meradong di Sarawak
Lokasi / Sumber: Sungai Mupong, Loba Stabar
Kategori kluster: Komuniti
Kes pertama: 26 Mac
Jumlah yang dijangkiti: 17 daripada 30 disaring

Kluster Sungai Rassau
Daerah: Matu dan Sibu di Sarawak
Lokasi / Sumber: Sungai Rassau
Kategori kluster: Komuniti
Kes pertama: 26 Mac
Jumlah yang dijangkiti: 11 daripada 338 yang disaring

Kluster Taman Kaya
Daerah: Tawau dan Kota Kinabalu di Sabah
Lokasi / Sumber: Acara sosial di Taman Rich Park, Tawau antara 26 dan 27 Mac
Kategori kluster: Komuniti
Kes pertama: 1 April
Jumlah yang dijangkiti: 17 daripada 55 disaring

Kluster Kampung Batu Lapan Lekir
Daerah: Manjung di Perak
Lokasi / Sumber: Kampung Batu Lapan, Lekir, Setiawan
Kategori kluster: Komuniti
Kes pertama: 30 Mac
Jumlah yang dijangkiti: 14 daripada 60 disaring

Kluster Tembok Sri Aman
Daerah: Sri Aman di Sarawak
Lokasi / Sumber: Pusat tahanan pusat Sri Aman di Jalan Brayun
Kategori kluster: Pusat tahanan
Kes pertama: 30 Mac
Jumlah yang dijangkiti: 160 daripada 467 disaring