Hakim mahkamah antikeganasan, keluarga ditembak mati di Pakistan
GLOBAL | Hakim mahkamah antikeganasan dan tiga ahli keluarganya dibunuh lelaki bersenjata di barat laut Pakistan pada Ahad malam, kata polis menurut Agensi Berita Anadolu.
Hakim Aftab Afridi dan isteri, anak lelaki dan perempuannya dibunuh ketika dalam perjalanan ke ibu kota Islamabad. Kenderaan mereka diserang berhampiran daerah Swabi, di Peshawar, ibu kota wilayah Khyber Provincun, dekat sempadan Afghanistan.
Menurut ketua polis daerah Muhammad Shoaib, selain keluarga itu, dua pengawal hakim turut cedera.
Penyerang berjaya melarikan diri.
Hakim itu sedang mendengar beberapa kes berkaitan keganasan di sebuah mahkamah di lembah Swat, yang pernah menjadi pusat militan.
Motif serangan sedang disiasat, kata Shoaib kepada wartawan.
Sementara itu, Perdana Menteri Imran Khan menerusi akaun Twitternya mengecam kejadian itu dan memberi jaminan kepada keluarga mangsa pelaku pembunuhan “kejam” itu akan ditahan dan dihadapkan ke muka pengadilan.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai