Skip to main
Logo Malaysiakini

1,070 kes baru, angka terendah di Johor sejak pertengahan Dis lalu

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 1,070 kes baru kes baru setakat tengah hari ini.

Selangor menjadi negeri dengan kes baru tertinggi dengan 327 kes diikuti Sarawak dengan 225 kes.

Ia diikuti diengan Pulau Pinang (133) dan Kuala Lumpur (88).

Johor pula mencatat kes baru terendah sejak pertengahan Disember tahun lalu, dengan 55 kes.

Setakat semalam, kadar kebolehjangkitan atau R-naught (R0) di seluruh negara adalah pada kadar 1.01.

Kadar 1 bermakna penularan yang terkawal manakala kurang daripada itu menandakan penularan yang kian berkurang.

Setakat semalam juga, negeri dengan R0 lebih daripada 1 adalah Sabah, Kelantan, Melaka, Labuan, Putrajaya, Pahang, Perak dan Sarawak.

Berikut maklumat utama wabak Covid-19 hari ini:

  • Kes aktif: 14,378
  • Pesakit sembuh: 1,294
  • Pesakit dalam ICU: 180
  • Pesakit dengan bantuan pernafasan: 89
  • Kematian: 7

Seramai tujuh lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan korban kepada 1,295 orang.

Kes kematian hari ini melibatkan empat orang di Selangor, dua orang di Sabah dan seorang di Johor.

Kes kematian hari ini melibatkan pesakit berusia 46 hingga 86 tahun dengan kesemuanya mengidap penyakit kronik yang lain.

6 kluster baru

Dalam pada itu, KKM memaklumkan terdapat enam lagi kluster yang dikenal pasti hari ini, dengan lima adalah kluster tempat kerja dan satu lagi kluster komuniti.

Pada masa sama, 10 kluster diisytihar tamat, menjadikan jumlah kluster aktif setakat ini sebanyak 355 kluster.