Skip to main
Logo Malaysiakini

1,300 kes baru, 1,300 jumlah kematian terkumpul

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 1,300 kes Covid-19 direkodkan setakat tengah hari tadi dengan Sabah mencatatkan tiga angka untuk pertama kali dalam tempoh 16 hari.

Ini menjadikan jumlah kes aktif Covid-19 di seluruh negara adalah sebanyak 14,161.

Seramai 189 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 88 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah kes baru di Malaysia Timur merangkumi sebanyak 38.6 peratus, melebihi angka di Lembah Klang iaitu sebanyak 25.5 peratus.

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Masidi Manjun, daripada 112 kes baru di Sabah, lebih separuh (69 kes) dilaporkan di Tawau.

Sarawak melaporkan jumlah kes baru tertinggi iaitu sebanyak 385 kes diikuti Selangor (242) dan Kelantan (126).

Kebanyakan kes baru di Sarawak dikesan daripada kluster sedia ada dan kontak rapat.

Sebanyak lima lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah angka korban akibat wabak berkenaan kini seramai 1,300 orang.

Mangsa dilaporkan berasal dari Selangor (1), Sabah (3) dan Kelantan (1).