Skip to main
Logo Malaysiakini

1,510 kes baru, 8 lagi kematian

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Sebanyak 1,510 kes baru Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 359,117 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Selangor kembali mendahului kes harian tertinggi dengan 415 jangkitan baru, diikuti Sarawak (296 kes) dan Kelantan dengan 171 kes (meningkat berbanding semalam dengan 143 kes).

Dr Noor Hisham juga memaklumkan sebanyak lapan lagi kematian direkodkan, menjadikan angka korban akibat wabak itu kini adalah seramai 1,321 orang.

Seramai 194 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 81 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.

Mengenai kluster baru, Dr Noor Hisham memaklumkan pertambahan sembilan lagi kluster pada hari ini yang melibatkan enam kluster tempat kerja dan tiga kluster komuniti.

Kluster-kluster dengan pertambahan kes baru tertinggi pula adalah Kluster Sungai Kluang Empat (30 kes), Kluster Rich Park (28 kes) dan Kluster Kampung Belaoh (24 kes).

Sementara itu seramai 1,248 pesakit pulih sepenuhnya, dengan jumlah keseluruhan mereka yang sembuh setakat ini adalah sebanyak 342,737 orang.

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

  • Selangor - 415 (119,520)
  • Sabah - 131 (55,670)
  • Johor - 80 (42,240)
  • WP KL - 106 (38,769)
  • Sarawak - 296 (19,558)
  • Kelantan - 171 (7,021)
  • N Sembilan - 28 (17,514)
  • P Pinang - 101 (17,450)
  • Perak - 46 (13,721)
  • Kedah - 59 (8,766)
  • Melaka - 6 (6,704)
  • Pahang - 13 (4,498)
  • Terengganu -44 (3,723)
  • WP Labuan -2 (2,407)
  • WP Putrajaya -10(1,219)
  • Perlis 2(337)


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.