Skip to main
Logo Malaysiakini

Sindiket bitcoin curi elektrik di Bahau tumpas

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Polis menumpaskan sindiket perlombongan bitcoin yang mencuri bekalan elektrik bagi menjalankan kegiatan mereka dalam serbuan ke atas lima premis rumah kedai di sekitar Bahau pada 11.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata operasi yang dijalankan bersama ‘Special Engagement Against Losses’ (SEAL) TNB itu menyaksikan rampasan bernilai RM380,000, antara yang terbesar membabitkan perlombongan bitcoin di daerah berkenaan setakat ini.

"Dalam operasi bersepadu itu sebanyak 190 unit mesin perlombongan bitcoin disita. Kesemua premis ini dipercayai sudah beroperasi dua hingga empat bulan dan menyebabkan TNB mengalami kerugian sebanyak RM216,487.

"Tiada tangkapan dibuat setakat ini. Usaha mengesan pemilik premis akan dilakukan bagi membantu dalam siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Akta Bekalan Elektrik 1990 kerana mencuri bekalan elektrik.

- Bernama