Liu ‘bogelkan muka sebenar’ DAP, kata MCA
MCA menyifatkan ucapan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek Ronnie Liu sebagai “membogelkan muka sebenar” DAP.
"Ini sedikit sebanyak telah membogelkan muka sebenar dan munafik DAP dan juga menyebabkan ramai pemimpin akar umbi dan penyokong DAP yang tulen dan percaya pada kecinaan DAP risau dan khuatir," kata Naib Presiden MCA Ti Lian Ker.
"Maka Ronnie Liu yang juga orang kampung dan rakan sekolah saya di Raub cuma menzahirkan kekhuatiran penyokong tegar DAP yang mengharapkan DAP sebagai pejuang orang Cina selama ini yang camouflage atas politik kepelbagaian.”
Liu dalam ucapannya dalam bahasa Cina di Klang pada Ahad berkata (terjemahan):
“DAP adalah parti pelbagai kaum. Parti ini tidak perlu mencairkan kecinaannya hanya kerana kritikan daripada musuh politik kita.
"Kita harus memelihara budaya parti, serta semangat perlembagaan parti, perjuangan politik pluralistik dan demokratik.
"DAP adalah untuk semua rakyat Malaysia. Kita perlu bekerjasama dengan parti-parti Melayu yang lain, tetapi kita tidak boleh menjatuhkan maruah atau menggambarkan diri kita sebagai parti bukan Cina.
"Kamu tidak akan mendapat sokongan orang Melayu dengan pendekatan ini.”
Setelah dikritik rakan seperjuangannya dalam DAP Tony Pua dan Hannah, Liu berkata kenyataannya yang dibuat dalam bahasa Mandarin itu disalah tafsir.
Liu bagaimanapun tidak menghuraikan maksud salah faham itu.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai