Skip to main
Logo Malaysiakini

1,767 kes baru, 12 kematian

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 1,767 kes Covid-19 baru dengan Sarawak menjadi penyumbang kes harian tertinggi iaitu sebanyak 607 kes.

Selangor merekodkan angka kedua tertinggi iaitu sebanyak 483 kes diikuti Kuala Lumpur (133) dan Kelantan (103).

Kes baru di seluruh negara menjadikan jumlah kes aktif kini adalah sebanyak 16,300 kes.

KKM juga memaklumkan 12 lagi kematian terbaru direkodkan setakat tengah hari tadi yang melibatkan empat kes di Sabah dan Sarawak, tiga kes di Selangor dan satu kes di Terengganu.

Seramai 199 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala seramai 82 lagi memerlukan bantuan pernafasan.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba hari ini berkata kadar kebolehjangkitan (Rt atau R-naught) untuk Sarawak meningkat kepada 1.1 hari in berbanding 1.08 semalam.

Dia berkata trend peningkatan kes baru di negeri itu bermula pada 9 Januari lalu.

Sementara itu, KKM memaklumkan 9 kluster baru dikenal pasti membabitkan empat kluster tempat kerja, tiga kluster komuniti, satu kluster keagamaan dan satu lagi kluster pusat tahanan.

Sebanyak 1,290 pesakit sembuh dengan jumlah kumulatif pesakit yang telah pulih meningkat kepada 346,295 orang.

Kes berdasarkan negeri:

Sarawak (607)
Selangor (483)
Kuala Lumpur (133)
Sabah (117)
Kelantan (103)
Pulau Pinang (92)
Johor (74)
Kedah (39)
Perak (36)
Negeri Sembilan (29)
Melaka (17)
Pahang (14)
Terengganu (13)
Putrajaya (7)
Labuan (3)
Perlis (0)