Tiada PKP kali ketiga, kata PM pada kumpulan perniagaan
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan
Kerajaan tidak berhasrat melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) kali ketiga, kata perdana menteri kepada persatuan dan dewan-dewan perniagaan.
Bagaimanapun, katanya, pemain industri harus memastikan pematuhan yang tinggi terhadap standard operasi piawai (SOP), terutama yang melibatkan kemudahan tempat tinggal pekerja.
“Tolong terus sediakan kemudahan selamat dan sesuai yang akan membantu memastikan tiada kesesakan dan mempertingkatkan kebersihan tempat tinggal pekerja, yang akan membantu mengurangkan risiko penyebaran virus.
“Ini juga peringatan bahawa kerajaan tidak berhasrat melaksanakan semula PKP.
“Bagaimanapun PKP bersasar akan dilaksana di tempat tertentu yang berpotensi mencetuskan penyebaran,” katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai