Skip to main
Logo Malaysiakini

‘Saya tak rentas negeri, sampai penghadang saya patah balik’

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin menolak dakwaan bahawa dia merentas negeri dari Selangor ke Pahang melalui Genting Sempah semasa melakukan aktiviti berbasikal.

Dakwaan tersebut dibangkitkan selepas Afif memuatnaik gambarnya bersama basikalnya, berlatar belakangkan pemandangan bukit jalan di belakang pemandangan bukit dengan kapsyen: “The best routes are the ones you haven't ridden yet. Another 50km with 529m elevations gained. Thank you, Genting Sempah!"

Bagaimanapun, Adun Kota Anggerik yang rakan lama yang bersama dalam PKR, Najwan Halimi hari ini membidasnya dengan nada sinis.

“Steady YB! Saya di Selangor yang berjiran dengan Pahang pun tak berani rentas negeri untuk kayuh basikal,” ciap Najwan.

Afif bagaimanapun membalas dakwaan tersebut dengan menegaskan bahawa dia tidak merentasi negeri.

"Saya tak rentas negeri..Genting Sempah memang berhampiran dengan sempadan Selangor-Pahang tetapi laluan tu dah diletak penghadang.

"Laluan ni popular (di kalangan penunggang basikal). Saya menunggang dan hampir sampai (penghadang), kemudian saya berpatah balik," katanya kepada Malaysiakini.

Afif, yang berpihak kepada bekas timbalan presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali dan kini pemimpin Bersatu, juga mengulas terhadap ciapan Najwan di Twitter.

“Mana ada rentas negeri YB kayuh basikal. Cuma itu nama popular laluan ~ Genting Sempah. Dah barricade pun.

“Puasa tak YB?,” katanya.

Mengulas lanjut, Afif berkata dia menghuni di Lembah Klang selama setahun, jadi tidak ada masalah baginya berbasikal di Genting Sempah.

"Dan jika saya ingin kembali ke kawasan saya, saya akan serahkan borang untuk rentas negeri..seperti MP dan Adun yang lain," katanya.

Tambahnya, jika ikut logik berdasarkan kenyataan Najwan, maka ahli Parlimen Port Dickson, Anwar Ibrahim tidak boleh ke Bukit Gasing yang berada di Selangor.

“Jika ikut logik Najwan, jadi Anwar pun tak boleh mendaki Bukit Gasing.

“Macam mana Anwar dapat jadi PM kalau dia ada penyokong macam Najwan?” sindirnya.