Polis nafi anggota meninggal akibat vaksin
Polis hari ini menafikan dakwaan kematian seorang anggotanya adalah disebabkan komplikasi susulan suntikan vaksin COVID-19 seperti yang ditularkan menerusi media sosial.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata pihaknya masih menunggu keputusan bedah siasat yang dijalankan oleh Jabatan Forensik Hospital Kajang.
"Maklumat yang tular di Facebook dan aplikasi WhatsApp itu adalah tidak benar sama sekali.
"Kami sedang menyiasat berita palsu ini dan saya menyarankan mereka yang berkenaan supaya tidak membuat spekulasi yang tidak benar sehingga menimbulkan keresahan masyarakat,” katanya dalam kenyataan.
Hari ini tular dakwaan bahawa kematian seorang anggota trafik wanita adalah akibat serangan jantung selepas menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai