K'jaan N Sembilan serah pada SPRM siasat isu pembalakan
Kerajaan Negeri Sembilan menyerahkan siasatan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu tender projek pembalakan di Lenggeng, dekat Seremban yang didakwa tidak mengikut prosedur.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya tidak berkompromi mengenai hal tersebut dan akan sentiasa memberi kerjasama kepada SPRM.
"Bagaimanapun, kerajaan negeri berpendirian bahawa projek tersebut telah melalui proses perolehan tender yang telus dan teratur. Sehingga kini, kerja-kerja telah dijalankan mengikut peraturan ditetapkan," katanya.
Media tempatan hari ini melaporkan kerajaan Negeri Sembilan didesak menghentikan segera projek pengeluaran kayu balak seluas 500 hektar di kawasan Lenggeng berikutan statusnya yang kini didakwa masih dalam siasatan SPRM.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai