Skip to main
Logo Malaysiakini

Korban Covid-19 cecah 3 juta orang di seluruh dunia

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

GLOBAL | Jumlah korban wabak Covid-19 di seluruh dunia telah melepasi angka tiga juta orang, menurut Universiti Johns Hopkins.

Berdasarkan data universiti tersebut, seramai 3,007,957 orang telah meninggal dunia setakat berita ini ditulis.

Ini selepas amaran Pengerusi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus bahawa dunia "menghampiri kadar jangkitan tertinggi" setakat ini.

"Kes dan kematian terus meningkat dengan kadar yang membimbangkan," katanya pada Jumaat.

Hampir 140 juta kes di seluruh dunia telah direkodkan sejak wabak itu bermula.

Tedros menjelaskan "secara global, jumlah kes baru setiap minggu hampir dua kali ganda dalam dua bulan terakhir."

AS, India dan Brazil - negara dengan jangkitan paling banyak dicatat - masing-masing telah menyumbang lebih daripada satu juta kematian, menurut Universiti Johns Hopkins.

Minggu lalu menyaksikan purata 12,000 kematian sehari dilaporkan di seluruh dunia, menurut agensi berita AFP.

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) memaklumkan sebanyak 2,331 kes jangkitan baru Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif jangkitan sebanyak 372,859 kes.

Lima lagi korban meninggal dunia semalam dengan jumlah terkumpul kematian seramai 1,370 orang di negara ini.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.