Skip to main
Logo Malaysiakini

Yusuf al-Qaradawi dijangkiti Covid-19

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

GLOBAL l Tokoh ulama dunia yang juga presiden Persatuan Ilmuwan Islam Antarabangsa Yusuf Abdullah al-Qaradawi, disahkan positif Covid-19, semalam.

Perkara itu disahkan menerusi akaun Twitter rasminya dan ulama itu dilaporkan berada dalam keadaan baik dengan penjagaan sewajarnya.

Dalam hantaran di Twitter, ketua majlis fatwa dan penyelidik Eropah itu memhon pengikutnya mendoakan kesembuhan dan kesejahteraannya.

"Sheikh Al-Qaradawi dijangkiti koronavirus dan kini dalam keadaan baik. Alhamdulillah.

"Beliau sedang dirawat, pengikutnya diharap bertenang dan kami meminta anda mendoakan pemulihan serta kesihatannya," kata ciapan di Twitter seperti dilaporkan agensi berita Arab.

Sementara itu anaknya Abdul Rahman dilaporkan turut mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa ayahnya sudah menerima vaksin Covid-19 sebelum ini.

Justeru, dia meminta masyarakat mendoakan kesihatan ayahnya.

Ulama berusia 94 tahun itu berasal dari Mesir dan kini menetap di Qatar.