Skip to main
Logo Malaysiakini

Polis tahan tujuh pelacur warga Vietnam

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Polis menumpaskan sindiket pelacuran yang menawarkan perkhidmatan melalui laman sosial MiChat dan Facebook selepas menahan tujuh pelacur wanita warga Vietnam di premis pelacuran di sekitar Kepong, di Kuala Lumpur, semalam.

Kesemua pelacur warga Vietnam berusia lingkungan 30-an itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul dalam Op Noda susulan maklumat dan risikan.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata turut ditahan dalam operasi selama tiga jam bermula 8.45 malam itu ialah dua lelaki tempatan berusia 20-an dan 50-an yang merupakan penjaga premis yang beroperasi sejak sebulan lepas.

“Pelacur warga asing ini menggunakan laman sosial bagi 'memancing' pelanggan dan mengelak daripada dikesan. Hasil siasatan awal mendapati mereka menjalankan kegiatan tidak bermoral itu dengan menawarkan harga RM150 hingga RM200 untuk layanan selama setengah jam," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian malam tadi.

Polis turut merampas pelbagai barangan antaranya kondom dan minyak pelincir dan kesemua individu yang ditahan dibawa ke IPD Sentul untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan dan Akta Imigresen 1959/63.

- Bernama