Covid-19: Semua pihak perlu sedia hadapi sebarang kemungkinan - MB S'gor
Semua pihak berkepentingan perlu sentiasa peka dan berada dalam mod bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan termasuk gelombang keempat mahupun kelima Covid-19, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata kerajaan negeri Selangor sentiasa berusaha sehabis baik untuk mengekang penularan Covid-19 dengan melakukan saringan serta memantau kawasan panas di negeri itu.
Beliau berkata demikian susulan pengumuman arahan penutupan 19 sekolah di Selangor bermula semalam berikutan kemunculan kluster pandemik Covid-19.
"Kita dah buat saringan di kawasan 19 buah sekolah ditutup itu dan tengok pergerakan pelajar-pelajarnya kerana di sana banyak kes positif.
“Saringan-saringan ini untuk kita mengesan dan mengasingkan mereka yang positif," katanya kepada pemberita ketika program Jelajah Ramadan Kita Selangor Daerah Klang.
Amirudin berkata Jabatan Pendidikan Negeri Selangor juga perlu mengatur jadual pembelajaran di 19 buah sekolah terlibat agar kesemua pelajarnya tidak terpinggir.
"Kita mesti bersiap sedia. Sebelum ini pun pendidikan itu hybrid (di rumah dan di sekolah), saya percaya sekolah kena bersedia dengan sebarang kemungkinan," katanya.
- Bernama
Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai