Skip to main
Logo Malaysiakini

Terus meningkat - 2,875 kes baru, 7 kematian

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Jangkitan Covid-19 di negara ini terus meningkat apabila sebanyak 2,875 kes positif direkodkan setakat tengah hari tadi.

Daripada jumlah itu Kelantan merekodkan angka tertinggi iaitu sebanyak 662 kes, diikuti Selangor (633) dan Sarawak (474).

Setakat semalam, kadar kebolehjangkitan Covid-19 (Rt) di Kelantan adalah 1.44 berbanding 1.15 di seluruh negara.

Negeri-negeri yang mencatatkan kadar Rt di bawah 1.00 ialah Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Kementerian Kesihatan (KKM) turut memaklumkan sebanyak tujuh lagi kematian dicatatkan menjadikan angka korban kini meningkat kepada 1,407 orang.

Kes kematian pada hari ini melibatkan tiga kes di Sabah, dua kes di Selangor, dan masing-masing satu kes di Sarawak dan Kelantan.

Sementara itu seramai 248 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 115 memerlukan bantuan pernafasan.

KKM juga memaklumkan terdapat 13 kluster baru yang dikenal pasti pada hari ini melibatkan lima kluster tempat kerja, empat  kluster komuniti, tiga kluster sekolah / institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan satu kluster keagamaan.

Bilangan kes mengikut negeri:

Kelantan: 662
Selangor: 633
Sarawak: 474
Kuala Lumpur: 332
Johor: 169
Sabah: 160
Penang: 144
Kedah: 91
Negeri Sembilan: 55
Perak: 49
Melaka: 42
Pahang: 29
Terengganu: 22
Putrajaya: 10
Labuan: 3
Perlis: 0