Bantuan khas setengah bulan gaji untuk penjawat awam Selangor
Kerajaan Selangor mengumumkan bantuan khas kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji - dengan jumlah minimum RM1,000 - buat kakitangan awam negeri itu.
Perkara itu diumumkan Menteri Besar Amirudin Shari dalam satu kenyataan di Facebooknya, pagi ini.
"Sebagai penghargaan terhadap komitmen dan sumbangan para penjawat awam negeri Selangor, saya mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sempena Hari Raya Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam Negeri Selangor.
"(Bantuan) Termasuk kepada anggota perkhidmatan kerajaan negeri yang gajinya dibayar oleh Kerajaan Persekutuan," katanya.
Katanya, bantuan khas itu akan membabitkan peruntukan sebanyak RM22.675 juta.
Pembayaran bantuan khas itu dan akan disalurkan pada 19 Mei depan, bersamaan dengan 7 Syawal.
"Semoga komitmen dan usaha dapat ditingkatkan demi khidmat cemerlang kepada rakyat dan negeri yang tercinta ini," katanya lagi.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai