Skip to main
Logo Malaysiakini

AS nasihat warganegara tidak ke Malaysia, sebahagian besar dunia

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan nasihat kepada warganegaranya agar tidak melakukan perjalanan ke Malaysia, berbanding nasihat sebelum ini untuk "mempertimbangkan semula perjalanan" ke negara ini.

Ia juga mengambil maklum bahawa Malaysia telah mengenakan sekatan yang akan menjejaskan warga AS yang ingin melakukan perjalanan ke Malaysia, manakala kumpulan penculikan untuk mendapatkan wang tebusan masih merupakan ancaman di bahagian timur Sabah.

Nasihat itu dikeluarkan pada Selasa (20 April) sebagai mengemas kini nasihat perjalanannya agar selaras dengan nasihat perjalanan yang berasingan yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS.

Nasihat CDC adalah berdasarkan pertimbangan kesihatan, manakala Jabatan Negara pula mengambil kira faktor-faktor lain seperti perang saudara, keganasan, dan kegiatan jenayah.

Kenyataan Jabatan Negara pada 19 April mengatakan bahawa kemas kini berkenaan akan mengklasifikasikan kira-kira 80 peratus negara di dunia sebagai "Tahap 4: Jangan Lakukan Perjanlanan", yang merupakan tahap waspada tertinggi untuk bakal pengembara.

[Baca berita penuh]