Skip to main
Logo Malaysiakini

2,717 kes baru, 11 kematian

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 2,717 kes Covid-19 baru dengan tiga negeri mencatatkan lebih dua pertiga daripada jumlah jangkitan baru.

Negeri-negeri berkenaan adalah Selangor, Sarawak dan Kelantan.

Selangor mencatatkan 751 kes baru iaitu hari kedua berturut-turut di mana jangkitan baru melebihi 700.

Di Sarawak, kes baru berkurang berbanding semalam namun masih kekal tinggi dengan 570 jangkitan baru.

Sementara itu, 518 kes baru di Kelantan hari ini adalah rekod kedua tertinggi di negeri itu.

KKM turut memaklumkan 11 lagi kematian terbaru menjadikan jumlah korban kini sebanyak 1,426 orang.

Kematian terbaru ini melibatkan lima kes di Sarawak, tiga di Selangor, dua di Sabah dan satu di Kuala Lumpur.

Sebanyak 272 pesakit memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 124 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Terdapat 10 kluster baru dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan tujuh kluster tempat kerja, dua kluster komuniti, dan satu kluster sekolah / institusi pendidikan.

Kluster-kluster dengan pertambahan kes baru tertinggi pada hari ini pula adalah Kluster Kampung Domis (63 kes), Kluster Jalan Selirik (59 kes) dan Kluster Abak Bon (28 kes).

Sebanyak 2,292 kes sembuh setakat tengah hari menjadikan jumlah kumulatif mereka yang telah pulih sebanyak 365,900 orang atau bersamaan 93.8 peratus.

Bilangan kes mengikut negeri:

Selangor (768)
Sarawak (570)
Kelantan (518)
Kuala Lumpur (240)
Pulau Pinang (134)
Sabah (132)
Johor (126)
Perak (54)
Terengganu (50)
Kedah (34)
Melaka (30)
Negeri Sembilan (27)
Pahang (22)
Putrajaya (11)
Perlis (1)
Labuan (0)