Skip to main
Logo Malaysiakini

2,690 kes baru, hari ke-11 melebihi paras 2,000

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 2,690 kes Covid-19 baru.

Angka itu menjadikan hari ini merupakan hari ke-11 berturut-turut jangkitan baru melebihi paras 2,000 kes.

Tiga negeri, iaitu Selangor, Sarawak dan Kelantan, sekali lagi menyumbang sebahagian besar kes baru, iaitu hampir dua pertiga daripada jangkitan terbaru hari ini.

Negeri dan wilayah persekutuan lain yang menyaksikan peningkatan tiga digit dalam kes baru ialah Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Pulau Pinang.

Daripada jumlah jangkitan baru hari ini, 89.11 peratus merupakan rakyat Malaysia dan 10.89 peratus bukan warganegara.

Lembah Klang menyumbang 36.17 peratus (973 kes) jangkitan baru sementara Malaysia Timur merangkumi 26.73 peratus (719 kes) daripada jangkitan baru.

Jumlah kes aktif terus meningkat mengatasi pesakit yang pulih. Sebanyak 1,853 kes pulih dilaporkan hari ini.

Kes aktif: 23,753
Pesakit di ICU: 283
Memerlukan bantuan pernafasan: 121

Kematian
Terdapat 10 kematian hari ini, menjadikan angka keseluruhan korban sebanyak 1,436.

Kematian baru dicatatkan di Kuala Lumpur (3), Sarawak (3), Sabah (2), Pulau Pinang (1) dan Selangor (1).

Mereka yang meninggal berusia antara 60 hingga 91 tahun.

Kes baru berdasarkan negeri:
Selangor (751)
Sarawak (595)
Kelantan (424)
Kuala Lumpur (217)
Johor (159)
Sabah (121)
Pulau Pinang (117)
Kedah (76)
Perak (64)
Negeri Sembilan (57)
Melaka (42)
Pahang (33)
Terengganu (25)
Putrajaya (5)
Labuan (3)
Perlis (1)

Kluster

Sebanyak 351 daripada 1,591 kluster masih aktif dengan 66 daripadanya menyumbang kepada kes baru hari ini.

Ini termasuk lapan kluster baru yang dilaporkan hari ini dan sembilan lagi yang dinyatakan selesai.

Kluster yang diselesaikan adalah: Paya Bemban, Jalan Indah Gemilang Satu, Industri Permata, Jalan Tenteram, Jalan Gemilang Tiga, Teluk Air Tawar, Jalan Hang Tuah, Jalan Perdana dan Persiaran Jaya.

Tiga daripada lapan kluster Covid-19 baru melibatkan institusi pendidikan.

Kementerian Kesihatan mengkategorikan kluster yang berkaitan dengan pendidikan menjadi dua, iaitu yang dikendalikan oleh kerajaan yang dikategorikan sebagai "institusi Kementerian Pendidikan" dan institusi lain yang hanya dilabelkan sebagai "pendidikan".

Satu lagi kluster yang dikesan hari ini melibatkan pekerja di sebuah empangan, yang pertama seumpamanya.

Perincian kluster baru adalah seperti berikut:

Kluster Putai
Daerah: Kapit dan Bukit Mabong di Sarawak
Lokasi / Sumber: Empangan di Putai, Kapit
Kategori kluster: Tempat Kerja
Kes pertama: 19 April
Jumlah yang dijangkiti: 243 dari 358 disaring

Kluster Ladang Paris Dua
Daerah: Kinabatangan di Sabah
Lokasi / Sumber: Ladang di Kampung Paris 2, Kinabatangan
Kategori kluster: Tempat Kerja
Kes pertama: 22 April
Jumlah yang dijangkiti: 13 daripada 103 disaring

Kluster Jalan Melaka Raya
Daerah: Melaka Tengah di Melaka
Lokasi / Sumber: Restoran di Jalan Melaka Raya 8, Taman Melaka Raya, Melaka Tengah
Kategori kluster: Tempat Kerja
Kes pertama: 21 April
Jumlah yang dijangkiti: 10 daripada 26 disaring

Kluster Jalan Bukit Naga
Daerah: Klang dan Petaling di Selangor
Lokasi / Sumber: Sebuah sekolah di Jalan Bukit Naga, Shah Alam, Petaling
Kategori kluster: institusi Kementerian Pendidikan
Kes pertama: 19 April
Jumlah yang dijangkiti: 18 daripada 127 disaring

Kluster Jalan Kuala Garing
Daerah: Gombak di Selangor
Lokasi / Sumber: Sebuah sekolah di Jalan Kuala Garing, Rawang, Gombak
Kategori kluster: institusi Kementerian Pendidikan
Kes pertama: 24 April
Jumlah yang dijangkiti: 5 daripada 230 disaring

Kluster Halban Dua
Daerah: Kota Bharu di Kelantan
Lokasi / Sumber: Institusi pendidikan di Mukim Padang Halban, Melor, Kota Bharu
Kategori kluster: Pendidikan
Kes pertama: 18 April
Jumlah yang dijangkiti: 63 daripada 81 disaring

Kluster Pagar Sri Lalang
Daerah: Kluang di Johor
Lokasi / Sumber: Pusat tahanan di Sri Lalang, Kluang
Kategori kluster: Pusat tahanan
Kes pertama: 23 April
Jumlah yang dijangkiti: 16 daripada 35 disaring

Kluster Rayang
Daerah: Serian di Sarawak
Lokasi / Sumber: Kampung Rayang, Serian
Kategori kluster: Komuniti
Kes pertama: 7 April
Jumlah yang dijangkiti: 50 daripada 1,305 disaring