Skip to main
Logo Malaysiakini

Majoriti cabang PKR Sabah mahu putus hubungan dengan Warisan, Dr M

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Pengerusi PKR Labuan, Simsudin Sidek berkata majoriti cabang parti itu di Sabah ingin memutuskan hubungan dengan Warisan dan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Simsudin berkata, sebanyak 17 daripada 25 bahagian telah mengemukakan usul menolak kerjasama dengan Warisan dan Mahathir ketika mesyuarat agung tahunan PKR di peringkat cabang,.

Hanya cabang Pensiangan tidak membuat usul kerana terpaksa menangguhkan mesyuarat agung tahunan akibat Covid-19.

Simsudin menyalahkan penolakan terhadap Warisan itu berikutan kenyataan presidennya Shafie Apdal bahawa Warisan adalah "minus Pakatan Harapan".

Kerjasama tidak rasmi antara Warisan dan PH digambarkan sebagai PH Plus tetapi hubungan antara kedua-duanya menjadi tegang setelah kerajaan PH Plus di peringkat persekutuan tumbang.

PKR enggan bekerjasama dengan Warisan dan parti Mahathir - Parti Pejuang Tanah Air sementara PKR, DAP dan Amanah mahukan gabungan pembangkang yang lebih besar.

Mengenai penolakan terhadap Mahathir, Simsudin berkata ia disebabkan keputusan bekas pengerusi Bersatu itu mengundurkan diri sebagai perdana menteri semasa 'Langkah Sheraton yang membawa kejatuhan kerajaan PH

Katanya, cabang PKR juga menyatakan komitmen untuk melihat presiden parti mereka, Anwar Ibrahim dilantik sebagai perdana menteri seterusnya.