Skip to main
Logo Malaysiakini

PM: Sekat kemasukan dari India bukan soal rasis, diskriminasi

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Keputusan kerajaan menyekat kemasukan dari India ke negara ini bukan berunsurkan diskriminasi atau rasis, sebaliknya mahu mengawal penularan kes Covid-19 varian baru daripada merebak ke Malaysia.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan itu diambil sewaktu beliau mempengerusikan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam.

"Semalam kita buat keputusan, kita sekat atau larang, tak benarkan orang yang datang dari India (masuk). Ini bukan soal rasis atau diskriminasi.

"Ini adalah untuk memastikan supaya varian yang begitu ganas yang dibawa dari sana tidak akan terjangkit ke sini.

"Jadi kita tidak akan membenarkan mereka masuk ke sempadan Malaysia sama ada menerusi darat, laut atau udara," katanya ketika berucap pada Majlis Tahlil dan Penyampaian Sumbangan Ramadan Al-Mubarak Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir, di Masjid Jamek Simpang Lima Darat, Bukit Gambir, di Tangkak hari ini.

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.