Skip to main
Logo Malaysiakini

KPM tak akan tolak ansur isu jenaka rogol, kata menteri

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Menteri Pendidikan Radzi Jidin menegaskan bahawa kementeriannya tidak akan bertolak ansur dengan guru yang membuat lawak mengenai rogol.

Dia meyakinkan bahawa dakwaan pelajar Ain Husniza Saiful Nizam mengenai gurunya yang membuat kenyataan seumpama itu akan ditangani dengan serius.

Radzi mengatakan kementerian sedang menyiasat kes itu dan berjanji akan mengambil "tindakan tegas" jika dakwaan itu dibuktikan.

"Saya ingin jelaskan bahawa kami di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil serius perkara ini. Kita tidak akan bertoleransi dengan perkara sebegini

"Namun begitu di peringkat KPM, kita sedang melaksanakan penyiasatan yang mendalam dan kes ini telah menjadi kes polis.

"Tapi saya ingin tegaskan kepada umum bahawa kita mengambil serius. Kita sedang membuat siasatan yang cukup mendalam untuk melihat keadaan sebenar dan sekiranya didapati terdapat kes, kita akan ambil tindakan yang sewajarnya. Tindakan tegas akan diambil ke atas kes tersebut," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur yang disiarkan secara dalam talian.

Ain dan ayahnya sebelum ini membuat laporan polis terhadap guru yang dimaksudkan.

Polis telah mula menyiasat kes tersebut dengan mengambil keterangan daripada mereka yang terlibat.

[Laporan penuh menyusul]