Skip to main
Logo Malaysiakini

Rekod 3,142 jangkitan baru, kes terkumpul lepasi 400,000

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Sebanyak 3,142 jangkitan baru Covid-19 setakat hari ini, menjadikan jumlah kes terkumpul 401,953 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Sementara itu, 15 kes kematian melibatkan warga negara dicatat dengan jumlah korban keseluruhan seramai 1,477 orang.

Seramai 306 pesakit sedang dirawat di ICU dengan 151 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula sebanyak 26,719 kes.

Dalam pada itu, 12 kluster baru dilaporkan melibatkan empat kluster sektor pendidikan, empat kluster komuniti, dua kluster tempat kerja, dan masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi, iaitu Kluster Jalan Sekinchan dan satu kluster keagamaan, Kluster Leboh Gambus di Selangor .

Kluster sektor pendidikan terdiri daripada Kluster Melugu di Sarawak, Madai (Sabah), Layar Hujung (Kedah) dan Jalan Gombak Dua (Selangor), manakala kluster komuniti pula Ulu Strass di Sarawak, Jalan Maharajalela (Perak), Taman Wira (Johor) dan Pintu Air Relau (Kedah).

Sementara itu, kluster tempat kerja dikenal pasti ialah Kluster Jalan Rimbunan di Kuala Lumpur dan Kluster Jalan Bakariah di Johor.

Dr Noor Hisham menyatakan pertambahan kluster itu menjadikan kluster aktif kini 370 manakala sembilan kluster dilaporkan tamat hari ini.

Pecahan setiap negeri:

Selangor : 1,019 kes

Kelantan : 523 kes

WP KL : 440 kes

Sarawak : 416 kes.

Sabah : 87 kes

Johor : 194 kes

Pulau Pinang : 98 kes

Negeri Sembilan : 61 kes

Perak : 69 kes

Kedah : 120 kes

Melaka : 42 kes

Pahang : 15 kes

Terengganu : 40 kes

WP Labuan : 4 kes

WP Putrajaya : 13 kes

Perlis : 1 kes


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.