Skip to main
Logo Malaysiakini

Rekod 3,332 jangkitan baru, kes di S'gor sekali lagi lebih 1,000

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Jangkitan harian Covid-19 semakin membimbangkan apabila sebanyak 3,332 kes baru direkodkan di seluruh negara setakat semalam.

Selangor terus mencatatkan angka tertinggi dengan 1,083 jangkitan iaitu hari kedua berturut-turut mencatatkan kes melebihi 1,000.

Sebanyak 68.4 peratus kes baru di Selangor, iaitu 741 kes, dikesan melalui kluster dan saringan kontak rapat.

Ia diikuti oleh Sarawak sebanyak 522 kes, Kelantan (401), Kuala Lumpur (359) dan negeri-negeri lain.

Perlis turut mencatatkan satu lagi kes positif Covid-19 seperti semalam.

Berikut adalah maklumat utama wabak Covid-19 hari ini:

  • Pesakit sembuh: 1,943
  • Kes aktif: 28,093 
  • Pesakit dalam ICU: 309
  • Pesakit perlu bantuan pernafasan: 147
  • Kematian: 15 (jumlah kumulatif kini sebanyak 1,492)

Kematian

Kematian yang dilaporkan hari ini melibatkan masing-masing empat pesakit di Kuala Lumpur dan Kelantan, tiga di Selangor, dua di Sarawak dan masing-masing seorang di Johor dan Sabah.

Sebanyak tiga kes tidak melibatkan komorbiditi, termasuk seorang wanita berusia 26 tahun yang meninggal dunia di Hospital Tawau, Sabah.

Dua kes lagi melibatkan lelaki berusia 49 tahun yang jenazahnya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur, dan wanita berusia 47 tahun yang jenazahnya dibawa ke Hospital Selayang. 

Bilangan kes baru mengikut negeri:

  • Selangor (1083)
  • Sarawak (522)
  • Kelantan (401)
  • Kuala Lumpur (359)
  • Johor (207)
  • Pulau Pinang (158)
  • Sabah (131)
  • Negeri Sembilan (111)
  • Kedah (105)
  • Pahang (92)
  • Perak (91)
  • Melaka (43)
  • Terengganu (19)
  • Putrajaya (9)
  • Perlis (1)
  • Labuan (0)

12 kluster baru

Sebanyak 12 kluster baru telah dikenal pasti hari ini.

Ia melibatkan empat kluster komuniti, masing-masing tiga kluster institusi pendidikan KPM dan tempat kerja, dan dua kluster keagaamaan.

Dalam pada itu, sebanyak 12 lagi kluser diisytihar tamat, menjadikan terdapat 378 kluster aktif setakat ini.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.