Skip to main
Logo Malaysiakini

Susulan kes naik, MB S'gor mesyuarat teliti semula pelaksanaan PKPB

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Susulan Selangor mencatatkan kes tertinggi Covid-19 tiga hari berturut-turut, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari akan mengadakan mesyuarat dengan Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negara bagi Negeri Selangor, esok.

Dalam ciapan menerusi Twitternya, Amirudin berkata mesyuarat itu bagi meneliti semula pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor.

“Hari ini, hari ketiga berturut-turut kes baru Covid-19 kembali mencecah empat angka. Mesyuarat esok akan mengangkat syor-syor pelaksanaan PKPB di Selangor kepada Majlis Keselamatan Negara bagi pertimbangan kerajaan Persekutuan,” katanya hari ini.

Kes positif baru Covid-19 hari dilaporkan sebanyak 3,332 kes dengan Selangor merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 1,083 kes.

Pada Rabu (28 April), daripada 3,142 kes baru dilaporkan, Selangor mencatat kes tertinggi dengan 1,019 kes dan pada Selasa (27 April) daripada 2,733 kes baru yang dilaporkan, Selangor catat kes tertinggi dengan 750 kes.

-Bernama