Skip to main
Logo Malaysiakini

Gawat - 3,788 kes baru, jangkitan di Lembah Klang meningkat

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 3,788 kes Covid-19 baru dengan jumlah pesakit yang memerlukan rawatan intensif turut mencatat rekod baru.

Jumlah kes telah melebihi jumlah kes aktif ketika darurat diisytiharkan pada 11 Jan. Kes aktif ketika itu 28,554 kes.

Rakyat Malaysia menyumbang 91.8 peratus jangkitan baru yang dilaporkan hari ini.

Kes aktif - 29,227
Pesakit di ICU - 328
Memerlukan bantuan pernafasan - 161

Negeri
Kes baru di negara ini telah menunjukkan peningkatan dalam dua minggu terakhir.

Selangor (1,265 kes baru) melaporkan kes baru hampir sekali ganda purata kes 14 hari sebelumnya.

Pulau Pinang (250) melepasi paras 200 kes untuk pertama kalinya sejak 31 Mac.

Tidak ada tanda-tanda kes baru semakin reda di Sarawak, Kelantan dan Kuala Lumpur.

Sehingga semalam, kadar kebolehjangkitan, atau R-naught untuk seluruh negara adalah 1.12. Angka lebih daripada 1.00 bermaksud penyebaran Covid-19 semakin cepat.

Hanya ada empat wilayah di mana penyebaran Covid-19 tidak meningkat (R-naught kurang daripada 1.00) - Sabah, Labuan dan Perlis.

Kes berdasarkan negeri:
Selangor (1265)
Sarawak (760)
Kelantan (464)
Penang (250)
Johor (160)
Negeri Sembilan (136)
Kedah (136)
Perak (118)
Sabah (89)
Melaka (55)
Pahang (54)
Terengganu (37)
Perlis (5)
Labuan (2)
Putrajaya (2)

Kematian

Sebanyak 14 lagi dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19. Angka kematian keseluruhan adalah 1,506.

Selangor (6 kematian) melaporkan kematian terbanyak diikuti oleh Sarawak (5), Negeri Sembilan (1) dan Johor (2).

Tiga mangsa dinyatakan meninggal dunia ketika tiba di hospital. Mangsa termuda berusia 33 tahun.

Kluster

Jumlah kluster Covid-19 aktif ialah 390. Sebagai rujukan, terdapat 258 kluster aktif ketika darurat diisytiharkan pada 11 Januari.

Terdapat 86 kluster yang menyumbang kepada kes baru hari ini, termasuk kluster Jalan Dataran (88 kes) di Negeri Sembilan.

Terdapat 17 kluster baru yang dikelaskan hari ini. Sarawak menyaksikan lima kluster baru dikesan. Empat kluster melibatkan sekolah kerajaan atau institusi pendidikan jenis lain.

Kluster Nanga Tajam
Daerah: Selangau dan Sibu di Sarawak
Lokasi / Sumber: Kawasan Nanga Tajam, Batang Oya, Selangau
Kategori kluster: Komuniti
Kes pertama: 26 April, kes indeks melaporkan gejala
Jumlah yang dijangkiti: 34 daripada 104 disaring

Kluster Sungai Ranan
Daerah: Kanowit di Sarawak
Lokasi / Sumber: Kawasan Sungai Ranan, Kanowit
Kategori kluster: Komuniti
Kes pertama: 10 April, kes indeks melaporkan gejala
Jumlah yang dijangkiti: 31 daripada 191 disaring

Kluster Sungai Ngungun
Daerah: Kanowit di Sarawak
Lokasi / Sumber: Kawasan Sungai Ngungun, Kanowit
Kategori kluster: Komuniti
Kes pertama: 12 April, pemeriksaan kemasukan hospital
Jumlah yang dijangkiti: 27 daripada 65 disaring

Kluster Kampung Bergosong
Daerah: Tawau di Sabah
Lokasi / Sumber: Acara sosial pada 8 April di kediaman kes indeks di Kampung Bergosong, Pulau Sebatik, Tawau
Kategori kluster: Komuniti
Kes pertama: 23 April, kes indeks melaporkan gejala
Jumlah yang dijangkiti: 21 daripada 32 disaring

Kluster Kampung Hilir Alor Gajah
Daerah: Alor Gajah di Melaka
Lokasi / Sumber: Kediaman kes indeks di Kampung Hilir, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah
Kategori kluster: Komuniti
Kes pertama: 20 April, kes indeks melaporkan gejala
Jumlah yang dijangkiti: 18 daripada 528 disaring

Kluster Kemayang
Daerah: Bachok, Tumpat dan Kota Bharu di Kelantan
Lokasi / Sumber: Premis perniagaan di Kota Bharu dan sekitar Kampung Kemayang, Bachok
Kategori kluster: Tempat kerja
Kes pertama: 27 April, kes indeks melaporkan gejala
Jumlah yang dijangkiti: 15 daripada 27 disaring

Kluster Jalan Taming Dua
Daerah: Hulu Langat di Selangor
Lokasi / Sumber: Sebuah kilang di Jalan Taming 2, Taman Taming Jaya, Balakong, Hulu Langat
Kategori kluster: Tempat kerja
Kes pertama: 24 April, pemeriksaan disasarkan
Jumlah yang dijangkiti: 12 daripada 264 disaring

Kluster Padang Udara
Daerah: Miri dan Kuching di Sarawak
Lokasi / Sumber: Bangunan kerajaan di Jalan Padang, Miri
Kategori kluster: Tempat kerja
Kes pertama: 10 April, kes indeks melaporkan gejala
Jumlah yang dijangkiti: 19 daripada 203 disaring

Kluster Syarikat Baru Dua
Daerah: Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan dan Timur Laut di Pulau Pinang
Lokasi / Sumber: Sebuah kilang di Lorong Perusahaan Baru 2, Kawasan Perusahaan Perai, Seberang Perai Tengah
Kategori kluster: Tempat kerja, penyaringan yang disasarkan
Kes pertama: 17 April
Jumlah yang dijangkiti: kurang dari 3.453 yang disaring

Kluster Tapak Bina Jalan Todak Satu
Daerah: Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang
Lokasi / Sumber: Tapak pembinaan di Jalan Todak 1, Pusat Bandar Seberang Jaya, Seberang Perai Tengah
Kategori kluster: Tempat kerja
Kes pertama: 16 April, pemeriksaan kes indeks sebelum pekerjaan baru
Jumlah yang dijangkiti: 23 dari 61 disaring

Kluster Jalan Wau
Daerah: Petaling dan Sepang di Selangor
Lokasi / Sumber: Sekolah di Jalan Wau 11/1, Seksyen 11, Shah Alam
Kategori kluster: institusi yang diatur KPM
Kes pertama: 13 April, kes indeks melaporkan gejala
Jumlah yang dijangkiti: 37 daripada 356 disaring

Kluster Chersonese
Daerah: Kerian di Perak
Lokasi / Sumber: Sekolah di Ladang Chersonese, Kuala Krau
Kategori kluster: institusi di bawah KPM
Kes pertama: 24 April, kes indeks melaporkan gejala
Jumlah yang dijangkiti: 17 daripada 212 disaring

Kluster Jalan Agama
Daerah: Miri di Sarawak
Lokasi / Sumber: Institusi pendidikan di Jalan Agama, Lutong, Miri
Kategori kluster: Pendidikan 
Kes pertama: 17 April, kes indeks melaporkan gejala
Jumlah yang dijangkiti: 38 daripada 95 disaring

Kluster Jalan Dataran
Daerah: Seremban, Port Dickson, Jempol, Jelebu dan Tampin di Negeri Sembilan
Lokasi / Sumber: Institusi pendidikan di Jalan Dataran Sentral 3, Dataran Sentral, Seremban
Kategori kluster: Pendidikan
Kes pertama: 28 April, kes indeks melaporkan gejala
Jumlah yang dijangkiti: 96 daripada 151 disaring

Kluster Taman Bukit Hijau
Daerah: Cheras di Kuala Lumpur
Lokasi / Sumber: Pusat jagaan warga tua di Taman Bukit Hijau, Cheras
Kategori kluster: Kumpulan berisiko tinggi
Kes pertama: 24 April, kes indeks melaporkan gejala
Jumlah yang dijangkiti: 11 daripada 28 disaring

Kluster Pagar Rimba
Daerah: Johor Bahru di Johor
Lokasi / Sumber: Pusat tahanan di Jalan Rimba, Bandar Seri Alam, Johor Bahru
Kategori kluster: Pusat tahanan
Kes pertama: 30 April, pemeriksaan pra-tahanan
Jumlah yang dijangkiti: 12 daripada 36 disaring

Kluster Jalan Sultanah
Daerah: Kluang di Johor
Lokasi / Sumber: Kawasan Jalan Sultanah, Kluang
Kategori kluster: Acara keagamaan
Kes pertama: 23 April, kes indeks melaporkan gejala
Jumlah yang dijangkiti: 22 daripada 106 disaring