Skip to main
Logo Malaysiakini

Bapa minta ibu bapa tanya pelajar gangguan di sekolah

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Ibu bapa perlu mengambil langkah proaktif untuk bertanya kepada anak-anak apabila mereka pulang dari sekolah berasrama pada cuti Hari Raya Adifiltri akan datang mengenai gangguan yang mungkin berlaku kepada mereka.

Seorang bapa yang hanya mahu dikenali sebagai Ismail berkata, ini berdasarkan pengalaman peribadinya baru-baru ini apabila mengetahui anak perempuannya, yang tamat persekolahan pada 2018 pernah mengalami hukuman mengaibkan di sebuah sekolah asrama kerajaan di sebuah negeri di sebelah utara.

Ismail berkata, anak perempuannya menceritakan kisahnya setelah pelajar dan bekas pelajar baru-baru ini tampil mendedahkan pemeriksaan haid yang memalukan dan gangguan lain yang berlaku di sekolah, termasuk dilakukan para guru.

"Guru-guru ini sekarang tahu mengenai perhatian yang mereka dapat kerana isu ini, mereka akan beri amaran kepada para pelajar, 'bila kamu balik bercuti, jangan beritahu mereka tentang apa-apa'.

"Mereka boleh beri amaran kepada para pelajar bahawa tindakan akan diambil. Saya yakin ini berlaku, memandangkan budaya yang berlaku di sekolah-sekolah ini," kata Ismail yang sebelum ini bertugas dalam Persatuan Ibu Bapa Guru.

"Jadi ibu bapa mesti proaktif, kerana hanya kemungkinan kecil anak-anak mereka akan bercerita," tambahnya.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam mengumumkan bahawa pelajar di sekolah berasrama penuh dan vokasional di luar kawasan perintah kawalan pergerakan yang dipertingkatkan (PKPD) akan dibenarkan pulang secara berperingkat dari 6 Mei hingga 13 Jun.

Mengulas lanjut, Ismail berkata dia secara pribadi tidak terkejut dengan kisah ayng diceritakan anak perempuannya walaupun kesal kerana kejadian seperti itu berlaku dengan alasan agama.

"Saya pernah dengar banyak kes sebelum ini, bukan secara khusus mengenai pemeriksaan haid yang memalukan, tapi perkara lain yang menunjukkan guru tidak menghormati privasi pelajar," katanya.

Temu ramah Malaysiakini baru-baru ini mendedahkan pemeriksaan haid terhadap pelajar perempuan yang menjadi amalan di sesetengah sekolah di Malaysia sekurang-kurangnya sejak dua dekad lalu.

Antaranya menyentuh pangkal paha pelajar untuk mengetahui apakah mereka memakai tuala wanita sehingga kepada meminta bukti darah haid sama ada dengan menunjukkan tuala wanita, melalui calitan dengan jari, putik kapas, atau tisu untuk membuktikannya.

[Baca berita penuh]