Polis akan panggil 90 peserta #BukaPuasaParlimen
Polis akan mengambil keterangan kesemua peserta perhimpunan aman #BukaPuasaParlimen di Jalan Parlimen, di Kuala Lumpur, semalam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata kesemua mereka akan dipanggil dalam masa terdekat dan setakat ini polis telah mengenal pasti 90 peserta yang terlibat dalam perhimpunan itu.
Beliau berkata perhimpunan itu tiada permit dan polis tidak menerima permohonan daripada pihak penganjur untuk mengadakan perhimpunan itu.
“Semasa pemantauan dibuat di lokasi, peserta-peserta yang berkumpul terdiri daripada pimpinan dan Ahli Parti Muda dan Pejuang,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana melakukan perhimpunan tanpa notis.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai