Skip to main
Logo Malaysiakini

Tiada pengumuman PKP3.0 pada taklimat harian Ismail Sabri

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Tidak ada pengumuman mengenai perintah kawalan pergerakan ketiga (PKP 3.0) dalam kenyataan akhbar harian Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Kemungkinan pelaksanaan PKP 3.0 telah meletakkan penduduk di Lembah Klang dan beberapa negeri lain dalam keadaan waspada.

Semalam, Kementerian Kesihatan berkata cadangan untuk PKP yang dikenakan di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Kedah dan Sarawak telah dikemukakan.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin juga berkata pada semalam bahawa status PKP di pelbagai negeri akan dikaji semula.

Pihak kerajaan yang berkepentingan dijangka akan membincangkan hal berkenaan pada mesyuarat Majlis Keselamatan Nasional esok.

Pada masa ini, hanya Kelantan yang berada bawah PKP penuh di seluruh negeri.

Kes Covid-19 telah meningkat naik, dengan jumlah kes aktif melebihi angka 30,000 hari ini.

Jumlah pesakit di ICU juga telah mencapai tahap tertinggi selama tiga hari berturut-turut.

Semalam, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata unit rawaran rapi Covid-19 di hospital awam di Lembah Klang hampir mencapai kapisiti penuh, dengan penghuninya kini sebanyak 88 peratus.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.