Skip to main
Logo Malaysiakini

'Pahang putuskan vaksinasi sektor hotel sebelum JKJAV ubah syor Sinovac'

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebagsaan Khairy Jamaluddin berkata Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) telah membuat perubahan berhubung penerima untuk vaksin Covid-19 Sinovac, untuk memasukkan warga berusia 60 tahun ke atas dan yang mengalami komorbiditi.

Khairy berkata ia dibuat pada 6 April lalu, susulan keputusan kerajaan Pahang untuk menggunakan vaksin Sinovac kepada pekerja dalam sektor hospitaliti.

"JKJAV dalam mesyuarat kami pada 6 April telah mengubah penggunakan vaksin Sinovak daripada mereka berusia 60 tahun ke bawah kepada mereka berusia 60 tahun ke atas, termasuk yang mengalami komorbiditi.

"Keputusan kerajaan Pahang adalah sebelum JKJAV mengubah syornya berhubung penggunaan Sinovac untuk warga emas. Mereka buat keputusan ketika nasihat JKJAV masih (vaksin itu untuk) mereka berusia 60 tahun ke bawah," katanya.

Dia berkata demikian dalam sidang media bersama Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berhubung perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebagsaan (Pick), di Putrajaya dan disiarkan secara dalam talian.

Terdahulu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang berkata keputusan untuk memberi vaksin kepada pekerja hospitaliti dibuat atas beberapa faktor, termasuk nasihat daripada Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) yang pada ketika itu berkata vaksin Sinovac tidak sesuai untuk kalangan yang mengalami komorbiditi.

Pengerusinya yang juga setiasaha kerajaan Pahang Dr Sallehuddin Ishak menegaskan ia dibuat setelah semua petugas baris depan dalam sektor kesihatan dan sektor utama menerima vaksin.

Mengula lanjut, Khairy berkata perubahan yang dibuat JKJAV itu berdasarkan data klinikal dan penggunaan vaksin itu pada masa ini.

"Keputusan mengubah penggunaan vaksin Sinovac berdasarkan data klinikal dan penggunaannya di pelbagai negara.

"Berdasarkan ujian di Brazil, keberkesanan secondary untuk Sinovac adalah 83.7 peratus bagi kes sederhana dan 100 peratus untuk kes teruk. Berdasarkan data sebenar, ia berkesan," katanya lagi.

[Baca berita asal]