Skip to main
Logo Malaysiakini

20 MP wanita sokong Ain, gesa k'jaan kaji semula SOP siasat gangguan seksual

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Sekumpulan 20 ahli parlimen wanita mendesak kerajaan untuk mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dan dasar yang ada berhubung siasatan gangguan seksual di institusi pendidikan.

Ini berlaku setelah Ain Husniza Saiful Nizam yang berusia 17 tahun mendedahkan jenaka rogol yang dibuat oleh seorang guru lelaki di kelasnya. Dia kemudian mendapat ancaman rogol daripada rakan sekelasnya, yang kemudian meminta maaf beberapa hari kemudian.

"Walaupun laporan polis telah pun dibuat oleh mangsa, kami ahli-ahli Parlimen wanita telah meminta pihak kerajaan menyemak semula SOP serta dasar yang sedia ada berhubung kaedah siasatan yang dilakukan terhadap laporan gangguan seksual yang berlaku di sekolah seperti ini dan di semua institusi pendidikan.

"Kami menggesa pihak kerajaan supaya bersikap serius, prihatin dan menjaga kepentingan pengadu, khususnya pelajar sekolah, dengan menangani segera isu Ini dengan segera.

"Kami menuntut komitmen perdana menteri untuk memberikan jaminan keselamatan kepada para pelajar yang berada di sekolah. Pelajar seharusnya berasa selamat di sekolah serta dilindungi oleh guru mereka dan bukan sebaliknya," kata mereka dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Mereka mengatakan bahawa mereka juga telah menulis surat pada 3 Mei lalu kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk menyuarakan kebimbangan mereka mengenai kejadian yang melibatkan Ain Husniza.

Ahli parlimen wanita yang disenaraikan dalam kenyataan itu ialah:
(1) Azalina binti Othman Said (Ahli Parlimen Pengerang)
(2) Dr Wan Azizah Wan Ismail (Ahli Parlimen Pandan)
(3) Nancy Shukri (Ahli Parlimen Batang Sadong)
(4) Mas Ermieyati binti Samsudin (Ahli Parlimen Masjid Tanah)
(5) Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh)
(6) Yeo Bee Yin (Ahli Parlimen Bakri)
(7) Hannah Yeoh (Ahli Parlimen Segambut)
(8) Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Kulai)
(9) Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan)
(10) Isnaraissah Munirah Majilis (Ahli Parlimen Kota Belud)
(11) Kasthuriraani Patto (Ahli Parlimen Batu Kawan)
(12) Maria Chin Abdullah (Ahli Parlimen Petaling Jaya)
(13) Rusnah Aluai (Ahli Parlimen Tangga Batu)
(14) Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Permatang Pauh)
(15) Nor Azrina Surip @ Nurin Aina (Ahli Parlimen Merbok)
(16) Alice Lau (Ahli Parlimen Lanang)
(17) Azizah Mohd Dun (Ahli Parlimen Beaufort)
(18) June Leow Hsiad Hui (Ahli Parlimen Hulu Selangor)
(19) Noorita Sual (Ahli Parlimen Tenom)
(20) Wong Shu Qi (Ahli Parlimen Kluang)