Skip to main
Logo Malaysiakini

Kebenaran pelancongan antara negeri PKPP digantung

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob mengumumkan aktiviti pelancongan antara negeri di antara negeri-negeri di bawah perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) digantung semula berkuat kuasa serta-merta.

Perkembangan ini hadir dua bulan selepas Putrajaya memperkenalkan "gelembung perjalanan hijau" untuk membantu industri pelancongan yang terjejas teruk oleh Covid-19 sejak Mac 2020.

Perjalanan antara negeri sebelum ini dibenarkan untuk pelancongan ketika negara mencatatkan kes harian baru pada pertengahan Mac lalu.

Bagaimanapun, negara ini kini sedang menghadapi lonjakan jangkitan Covid-19 baru yang bermula pada pertengahan April.

"Kerajaan telah memutuskan untuk menangguhkan izin perjalanan antara negeri melalui gelembung perjalanan hijau di antara kawasan-kawasan yang diletakkan di bawah PKPP untuk tujuan pelancongan menggunakan agensi pelancongan dengan segera," katanya pada sidang media hari ini.

"Mulai sekarang, gelombong perjalanan yang dibenarkan tersebut juga digantung kebenaran," katanya pada sidang media hari ini.

Dia bagaimanapun berkata, aktiviti pelancongan masih dapat dilakukan di negeri-negeri yang berada di bawah PKPP kerana kerajaan membenarkan perjalanan antara daerah di negeri-negeri ini.

"Gelembung perjalanan hijau", yang diperkenalkan pada 10 Mac, membolehkan pelancong dari negeri PKPP mengunjungi negeri PKPP lain menggunakan aperkhidmatan gensi pelancongan.

Dilaporkan industri pelancongan tempatan mengalami kerugian sekitar RM100 bilion pada tahun 2020 akibat pandemik Covid-19.