Skip to main
Logo Malaysiakini

'KPM perlu telus siasat isu periksa haid, gangguan seksual'

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

NGO Kumpulan Tindakan Bersama Bagi Kesaksamaan Gender menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) bersikap telus dalam siasatan terhadap gangguan seksual dan amalan pemeriksaan haid di sekolah.

Ia selepas Malaysiakini menyerahkan senarai 15 sekolah yang didakwa berlakunya amalan pemeriksaan untuk membuktikan pelajar perempuan mengalami haid kepada Menteri Pendidikan Mohd Radzi Md Jidin.

Terdahulu, Radzi berkata siasatan KPM mendapati setakat ini tiada maklumat menunjukkan amalan itu memang wujud dan menggesa orang awam memberikan maklumat jika tahu tentang perkara itu.

JAG mampu dan sanggup membantu KPM dalam siasatan dan baru-baru ini telah menghantar surat kepada kementerian itu untuk mengadakan perbincangan tentang cara menangani gangguan seksual di sekolah," katanya dalam kenyataan.

Katanya, KPM memikul tanggungjawab menyediakan pendidikan bermutu kepada pelajar, dalam suasana pembelajaran yang selamat dan giat mempromosikan nilai baik.

Selepas isu itu dibawa kepada perhatian awam, serta kes gangguan seksual yang dibangkitkan pelajar berusia 17 tahun Ain Husniza Saiful Nizam, semakin ramai tampil ke depan dan mendakwa melalui perkara sama dengan pihaknya, kata NGO tersebut.

"Setakat ini, Persatuan Tindakan Semua Wanita (Awam) menerima 13 kes keganasan berdasarkan gender terhadap pelajar sekolah, dan 12 daripadanya adalah gangguan seksual dan satu melibatkan rogol.

"Empat kes gangguan seksual melibatkan kanak-kanak pelarian. Dalam kesemua 12 kes ini, cikgu didakwa sebagai pelakunya," katanya lagi.

Kenyataan itu dianggotai 14 anggota JAG iaitu Awam, Empower Malaysia, Family Fontiers, Tenaganita dan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO).