Langkah lebih drastik di Sibu jika kes Covid-19 kekal tinggi
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sibu menimbang untuk memperkenalkan langkah yang lebih drastik sekiranya kes Covid-19 di bahagian itu masih tidak menunjukkan penurunan pada minggu ini.
Penyelaras jawatankuasa itu Dr Annuar Rapaee berkata di sebalik pelaksanaan pelbagai peringkat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tiga bulan lepas, jumlah kes Covid-19 di Sibu kekal tinggi.
“Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada isu ini. Yang pertama kaedah pelaksanaan, kedua faktor manusia yang merupakan faktor paling sukar untuk dikawal dan yang ketiga, penguatkuasaan,” katanya dalam sesi libat urus bersama masyarakat melalui penstriman langsung Facebook hari ini.
Beliau berkata jawatankuasa itu bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan serta parti politik di sini bagi mendapatkan input untuk tindakan seterusnya dalam usaha mengekang penularan pandemik tersebut yang setakat semalam merekodkan 311 kes positif.
Dr Annuar yang juga Menteri Muda kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, turut mengalu-alukan cadangan orang awam.
Terdahulu, beliau menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga seorang jururawat yang meninggal dunia akibat penyakit itu beberapa hari lepas.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai